Kempen Internet Selamat (Kis) Sempena Jota Joti Pengakap Negeri Perlis

19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) Sempena Jota Joti Pengakap Negeri Perli di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi, Kangar Perlis. Program ini berlangsung pada jam 08:00 pagi sehingga 6:00 petang. Program ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan tentang Kempen Internet Selamat (KIS) kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Perlis. Seramai 350 pelajar yang hadir dari seluruh sekolah di negeri Perlis.

Kempen Internet Selamat (KIS) ini disampaikan oleh petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Perlis. Inisiatif KIS merupakan antara kaedah mendidik pelajar mengenai etika dan tanggungjawab dalam talian. Cakna media sosial dalam kalangan pelajar merupakan satu aspek penting dalam pemerkasaan literasi digital. Namun pada masa sama, pengalaman penggunaan Internet dalam kalangan pelajar haruslah di bawah pengawasan sewajarnya dan semua pihak memainkan peranan penting bagi memastikan penggunaan yang selamat, positif serta bertanggungjawab.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan pelajar sekolah, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pihak pengakap dan sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali